Apabila melodi riang bertukar menjadi perangkap minda, secawan mi segera dan setin soda sudah cukup untuk menggadaikan kesihatan masa depan anak-anak kita.”

Lincah, bersahaja, comel dan penuh bertenaga. Begitulah senario biasa yang dipaparkan di pelbagai platform media sosial hari ini apabila kanak-kanak seawal usia lima tahun disebuah tadika dengan begitu mudah meniru setiap gerakan tarian, mengikut rentak lirik lagu, malah menggayakan gerak isyarat ikonik daripada animasi terbaharu yang sedang melonjak naik di persada global. 

Namun, dalam keghairahan kita menonton animasi K-Pop Demon Hunters di saluran Netflix kerana kecomelan estetika visualnya serta kepopularitian watak, lagu, dan koreografi tarian yang kini tular di serata dunia, serta kejayaan besar merangkul trofi Filem Animasi Terbaik di Majlis Anugerah Akademi (Oscars) 2026 yang lalu, kita sebenarnya alpa tentang sisi gelap yang menyusup masuk ke dalam minda dan gaya hidup generasi muda kita terutama kanak-kanak seusia tadika.

Di sebalik tabir warna-warni, alunan muzik yang mengasyikkan, dan pengiktirafan anugerah berprestij antarabangsa ini, terselimut satu ancaman halus yang mendedahkan anak-anak kita kepada jerat budaya hidup tidak sihat serta amalan pemakanan sisa (junk food) yang memudaratkan. 

Tarikan magis skrin digital ini didapati berjaya memukau psikologi kanak-kanak sehingga meruntuhkan benteng pertimbangan mereka terhadap aspek kesihatan diri yang sebelum ini dipantau oleh ibu bapa atau penjaga.

Lantaran itu, ledakan industri hiburan digital ini tidak boleh dipandang sepi kerana ia secara senyap sedang mencorakkan semula nilai murni dan kesejahteraan masa depan masyarakat.

PENORMALAN BUDAYA MAKANAN SEGERA SEBAGAI SIMBOL “COOL”

Menerusi naratif animasi ini, watak-watak utama seperti Rumi, Mira dan Zoey sering digambarkan menikmati mi segera dan snek ringan sebagai sumber tenaga utama sebelum atau selepas bertarung menentang musuh. Visualisasi yang menarik, dinamik, dan penuh estetika moden ini secara tidak langsung melakukan proses penormalan (normalization) dalam psikologi kanak-kanak. 

Makanan yang sepatutnya dikategorikan sebagai tidak sihat kini diangkat sebagai simbol gaya hidup yang hebat, moden dan “cool”. Impaknya, kanak-kanak tidak lagi melihat mi segera atau snek sebagai makanan alternatif sekali-sekala, sebaliknya menganggapnya sebagai makanan ruji yang wajib diambil demi kelihatan setaraf dengan kehebatan dan kekuatan idola animasi mereka. 

Minda suci golongan cilik ini mudah dimanipulasi melalui paparan visual apabila watak pujaan mereka memaparkan tabiat buruk tersebut tanpa sebarang implikasi negatif dalam jalan cerita.

Gejala ini menjadi semakin parah apabila animasi tersebut turut memaparkan babak watak-watak utamanya memegang dan memakan bertih jagung (popcorn) di dalam pek bersaiz besar, terutamanya sebelum alunan lagu “Soda Pop” bermula. Secara realitinya, kita maklum bahawa bertih jagung asalnya berasal daripada sumber makanan yang sihat, iaitu jagung asli yang kaya dengan serat. Namun begitu, dalam industri pembuatan snek moden, penambahan bahan eksogenus seperti leburan mentega, cairan keju, gula pasir yang berlebihan, karamel pekat, pengawet, malah kadangkala pewarna dan perisa tiruan telah menukarkan sifat semula jadi jagung tersebut menjadi snek berkalori tinggi yang berbahaya kepada sistem kardiovaskular.

Malangnya, nuansa sains pemakanan ini gagal difahami oleh penonton cilik khususnya generasi Alpha. Malah generasi yang lebih tua turut terpengaruh. Kanak-kanak yang terpengaruh kini secara agresif mahukan pek saiz besar di dunia realiti semata-mata kerana ikon Demon Hunter kegemaran mereka memakan pek bersaiz besar dalam skrin TV. 

Perilaku meniru (modeling behavior) ini mewujudkan ilusi psikologi bahawa kuantiti snek yang besar adalah penanda aras kepada keseronokan yang maksima. Keadaan ini sekaligus meruntuhkan kawalan kuantiti makanan (portion control) yang sepatutnya dididik sejak usia awal. Kealpaan ini dieksploitasi sepenuhnya oleh syarikat kapitalis yang mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menjual produk bersaiz mega. 

Akibatnya, penormalan ini bukan sahaja meracuni selera makan anak-anak dengan bahan kimia penambah rasa, malah melahirkan rantaian generasi baharu yang mengalami gangguan pemakanan kronik akibat ketagihan visual industri hiburan.

Alunan Irama dan Tarian “Soda Pop” Sebagai Senjata Neuromarketing

Satu lagi aspek yang paling membimbangkan ialah penularan lagu hit “Soda Pop” dendangan kumpulan fiksyen, Saja Boy. Lagu yang mempunyai rentak earworm atau mudah melekat di dalam minda ini bukan sekadar haluan telinga yang menghiburkan, tetapi bertindak sebagai strategi pemasaran neuro (neuromarketing) yang sangat agresif. Apabila bait-bait lirik lagu tersebut dinyanyikan secara berulang-ulang oleh kanak-kanak dan remaja, ia menanam keinginan bawah sedar (subconscious desire) untuk membeli dan mengambil minuman berkarbonat secara berlebihan. 

Kandungan gula yang tinggi di dalam air soda ini merupakan musuh dalam selimut yang menyumbang kepada peningkatan mendadak kes kerosakan gigi, obesiti, dan risiko penyakit diabetes pada usia muda. Strategi komersial ini memanfaatkan kelemahan psikologi penonton yang cenderung mengaitkan melodi riang dengan emosi positif yang palsu, sekaligus membutakan mata mereka terhadap bahaya sebenar snek pasaran.

Keadaan ini menjadi semakin parah apabila tarikan auditori tersebut digabungkan pula dengan pesona visual watak-watak animasi tersebut. Paparan raut wajah tampan ala bintang pop Korea (Korean wave), susuk tubuh yang menarik dan ideal, balutan fesyen terkini yang serba moden, serta kelincahan gerakan tarian dalam video muzik lagu “Soda Pop” telah mencetuskan impak psikologi yang luar biasa kepada pemikiran audiens. 

Elemen estetika ini secara tidak langsung mempengaruhi ego dan identiti penonton kanak-kanak dan remaja yang sedang tercari-cari jati diri dalam masyarakat. Mereka melihat watak-watak fiktif ini sebagai penanda aras kesempurnaan fizikal dan acuan sosial yang perlu diikuti. Akibatnya, timbul persepsi songsang bahawa dengan meniru gerakan tarian dan memegang tin minuman soda yang dipromosikan, mereka juga boleh kelihatan hebat, bergaya, dan diterima dalam kelompok sosial terkemuka.

Sinergi antara koreografi tarian yang bertenaga dengan lirik yang berulang-ulang ini sebenarnya merangsang pembebasan hormon dopamin dalam otak remaja secara tidak sihat. Pengguna cilik tidak lagi menilai minuman soda berasaskan nilai khasiatnya, sebaliknya membelinya demi memuaskan nafsu estetik yang digerakkan oleh industri kapitalis. Strategi pemasaran yang licik ini jelas berjaya menukarkan sebuah produk cecair beracun yang sarat dengan pemanis tiruan menjadi sebahagian daripada budaya pop yang diraikan. Kealpaan masyarakat dalam mendepani serangan psikologi media sebegini bakal menyaksikan generasi masa depan lumpuh akibat penyakit kronik, semuanya bermula daripada sepotong tarian dan alunan lagu hiburan kosong.

Realiti Bahaya: Daripada Obesiti, Tantrum Hingga Kes Melecur

Kesan komersial filem animasi ini yang sangat agresif telah mencetuskan pelbagai trend luar biasa yang secara langsung membahayakan kesihatan fizikal, mental, dan emosi anak-anak. Pemasaran produk yang berselindung di sebalik watak kegemaran ramai ini tidak lagi sekadar hiburan visual, tetapi sudah mula menceroboh institusi kekeluargaan dengan membawa impak negatif yang sangat nyata. Gabungan promosi makanan ringan dan pemikiran materialistik ini jelas merosakkan minda suci anak-anak yang masih belum matang untuk membedakan antara realiti kehidupan dengan rekaan fantasi komersial semata-mata.

Risiko Kesihatan Kronik, Tantrum dan Hiperaktif

Pengambilan minuman soda berkarbonat dan mi segera secara kerap menyumbang secara drastik kepada masalah obesiti, kerosakan struktur gigi, dan risiko penyakit diabetes awal dalam kalangan remaja. Lebih membimbangkan, lonjakan kandungan gula (sugar rush) yang ekstrem daripada minuman “Soda Pop” ini dikesan menjadi punca utama berlakunya ketidakstabilan emosi anak-anak. Kegagalan mengawal paras gula dalam darah ini mengakibatkan kanak-kanak mudah mengalami tantrum, amukan tanpa kawalan, serta masalah tingkah laku hiperaktif yang melampau. Keadaan ini sekaligus mengganggu tumpuan belajar mereka di sekolah, menurunkan prestasi akademik, serta meruntuhkan keharmonian suasana di dalam rumah akibat pergaduhan harian. Kesannya, ibu bapa atau penjaga terpaksa menanggung beban tekanan mental yang tinggi dalam mengawal emosi anak-anak yang tidak stabil ini.

Trend Media Sosial Berbahaya

Susulan kolaborasi perniagaan yang agresif melalui produk mi segera Shin Ramyun edisi khas filem tersebut, cabaran #KPopNoodleChallenge kini mula tular secara meluas di platform TikTok. Kanak-kanak yang taksub meniru watak kegemaran mereka sanggup mengetepikan keselamatan diri dengan memakan mi cup yang sangat panas dan menggelegak demi kandungan video media sosial. Kesan peniruan membuta tuli ini melahirkan sebuah budaya obsesi baharu dalam kalangan generasi muda yang sanggup mencederakan diri sendiri demi meraih tontonan digital yang tinggi.

Amaran Pakar Perubatan

Rentetan daripada kegilaan luar kawalan ini, doktor dan pakar perubatan di hospital kini telah mengeluarkan amaran keras kepada masyarakat. Kes kecederaan melecur tahap serius (burn injuries) pada bahagian bibir, lidah, serta permukaan kulit luar dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan meningkat dengan mendadak akibat kegilaan meniru aksi cabaran tersebut. Produk makanan segera ini jelas bertukar menjadi ejen pemusnah masa depan anak-anak sekiranya terus dibiarkan tanpa pemantauan tegas daripada ibu bapa atau penjaga

Peranan Ibu Bapa dan Penjaga: Ambil Tahu, Saring Media dan Berterus Terang Tanpa Paksaan

Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kandungan media kepada anak-anak tanpa pemantauan. Lambakan pengaruh negatif daripada filem animasi komersial memerlukan tindakan yang proaktif, bijak, dan tenang daripada pihak ibu bapa atau penjaga.

Tanggungjawab ini bukan sekadar menyekat gajet, tetapi melibatkan seni berkomunikasi yang berkesan untuk membina benteng pemikiran anak-anak agar mereka tidak mudah terpedaya dengan agenda pemasaran industri kapitalis.

Ibu bapa atau penjaga perlu berterus terang seperti berbicara dengan rakan karib, namun tetap menggunakan laras bahasa dan tahap pemahaman yang sesuai dengan umur anak-anak. Jangan sesekali memaksa mereka mengikut arahan membuta tuli tanpa memberikan penjelasan yang rasional. Sifat memaksa hanya akan mencetuskan pemberontakan dalaman, sekaligus membuatkan anak-anak menyembunyikan tabiat buruk mereka di luar rumah. Sebaliknya, wujudkan sesi sembang santai yang telus dan penuh empati.

Berbual dengan anak-anak dan berikan kefahaman bahawa tabiat pemakanan watak animasi tersebut hanyalah rekaan hiburan untuk jalan cerita semata-mata, bukannya panduan gaya hidup sebenar. Terangkan kepada mereka bahawa watak adiwira di dalam skrin televisyen tidak akan sakit kerana mereka hanyalah lukisan digital, manakala tubuh manusia realistik memerlukan zat yang betul untuk membesar dengan sihat. Tunjukkan perbezaan jelas antara fantasi komersial yang mengejar keuntungan dengan realiti kesihatan yang perlu dijaga.

Saring kandungan media yang ditonton di rumah dengan menetapkan had masa skrin dan menggunakan fungsi kawalan ibu bapa atau penjaga pada aplikasi penstriman. Apabila anak-anak memahami sebab di sebalik setiap larangan, mereka akan belajar untuk menilai sendiri kebaikan dan keburukan sesuatu perkara secara matang. Didikan yang bermula daripada komunikasi dua hala yang harmoni ini mampu melahirkan generasi muda yang bijak menilai media, sekali gus menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa manipulasi industri makanan ringan yang merosakkan masa depan.

Penutup: Bersatu Demi Kesihatan Generasi Masa Depan

Kesimpulannya, fenomena gelombang budaya popular yang dibawa oleh animasi ini tidak boleh dipandang remeh. Jangan sesekali disebabkan sesuatu kandungan itu sedang tular dan diminati ramai, ibu bapa mengambil jalan mudah dengan melepaskan tangan serta membiarkan anak-anak hanyut tanpa kawalan. Tanggungjawab melindungi kebajikan anak-anak tidak boleh dikompromi hanya demi mengikut trend semasa. Kealpaan penjaga dalam menyaring pemakanan dan media yang diambil oleh anak-anak hari ini bakal menuntut harga yang sangat mahal pada masa hadapan dalam bentuk krisis kesihatan yang kronik.

Pada masa yang sama, cabaran ini memerlukan penglibatan komuniti yang lebih luas, terutamanya daripada golongan profesional. Jangan disebabkan sesuatu produk itu sedang tular, para petugas kesihatan yang mempunyai nama besar, pengaruh luas, glamor dan terkenal di media sosial memilih untuk berdiam diri tentang aspek keselamatan kesihatan. Golongan pakar ini sepatutnya menggunakan reputasi dan platform digital mereka untuk tampil ke hadapan bagi membongkar implikasi sebenar taktik pemasaran neuro serta bahaya fizikal snek segera ini. Kelantangan suara mereka amat kritikal untuk membetulkan persepsi salah masyarakat.

Melalui gandingan mantap antara ketegasan ibu bapa di rumah serta kesedaran berterusan yang digerakkan oleh pakar perubatan di ruang siber, kita mampu membina sebuah ekosistem yang selamat. Anak-anak perlu dididik untuk menjadi pengguna media yang bijak dan tidak mudah dimanipulasi oleh industri kapitalis. Sudah tiba masanya semua pihak bertindak mengetepikan populariti kosong demi mempertahankan maruah, kesihatan fizikal dan masa depan generasi muda negara.

Bahaya Di Sebalik Lagu 'Soda Pop': Bagaimana Animasi K-Pop Demon Hunters Mempengaruhi Tabiat Makan Anak Anda

Apabila melodi riang bertukar menjadi perangkap minda, secawan mi segera dan setin soda sudah cukup untuk menggadaikan kesihatan masa depan anak-anak kita.”

Lincah, bersahaja, comel dan penuh bertenaga. Begitulah senario biasa yang dipaparkan di pelbagai platform media sosial hari ini apabila kanak-kanak seawal usia lima tahun disebuah tadika dengan begitu mudah meniru setiap gerakan tarian, mengikut rentak lirik lagu, malah menggayakan gerak isyarat ikonik daripada animasi terbaharu yang sedang melonjak naik di persada global. 

Namun, dalam keghairahan kita menonton animasi K-Pop Demon Hunters di saluran Netflix kerana kecomelan estetika visualnya serta kepopularitian watak, lagu, dan koreografi tarian yang kini tular di serata dunia, serta kejayaan besar merangkul trofi Filem Animasi Terbaik di Majlis Anugerah Akademi (Oscars) 2026 yang lalu, kita sebenarnya alpa tentang sisi gelap yang menyusup masuk ke dalam minda dan gaya hidup generasi muda kita terutama kanak-kanak seusia tadika.

Di sebalik tabir warna-warni, alunan muzik yang mengasyikkan, dan pengiktirafan anugerah berprestij antarabangsa ini, terselimut satu ancaman halus yang mendedahkan anak-anak kita kepada jerat budaya hidup tidak sihat serta amalan pemakanan sisa (junk food) yang memudaratkan. 

Tarikan magis skrin digital ini didapati berjaya memukau psikologi kanak-kanak sehingga meruntuhkan benteng pertimbangan mereka terhadap aspek kesihatan diri yang sebelum ini dipantau oleh ibu bapa atau penjaga.

Lantaran itu, ledakan industri hiburan digital ini tidak boleh dipandang sepi kerana ia secara senyap sedang mencorakkan semula nilai murni dan kesejahteraan masa depan masyarakat.

PENORMALAN BUDAYA MAKANAN SEGERA SEBAGAI SIMBOL "COOL"

Menerusi naratif animasi ini, watak-watak utama seperti Rumi, Mira dan Zoey sering digambarkan menikmati mi segera dan snek ringan sebagai sumber tenaga utama sebelum atau selepas bertarung menentang musuh. Visualisasi yang menarik, dinamik, dan penuh estetika moden ini secara tidak langsung melakukan proses penormalan (normalization) dalam psikologi kanak-kanak. 

Makanan yang sepatutnya dikategorikan sebagai tidak sihat kini diangkat sebagai simbol gaya hidup yang hebat, moden,dan "cool". Impaknya, kanak-kanak tidak lagi melihat mi segera atau snek sebagai makanan alternatif sekali-sekala, sebaliknya menganggapnya sebagai makanan ruji yang wajib diambil demi kelihatan setaraf dengan kehebatan dan kekuatan idola animasi mereka. 

Minda suci golongan cilik ini mudah dimanipulasi melalui paparan visual apabila watak pujaan mereka memaparkan tabiat buruk tersebut tanpa sebarang implikasi negatif dalam jalan cerita.

Gejala ini menjadi semakin parah apabila animasi tersebut turut memaparkan babak watak-watak utamanya memegang dan memakan bertih jagung (popcorn) di dalam pek bersaiz besar, terutamanya sebelum alunan lagu "Soda Pop" bermula. Secara realitinya, kita maklum bahawa bertih jagung asalnya berasal daripada sumber makanan yang sihat, iaitu jagung asli yang kaya dengan serat. Namun begitu, dalam industri pembuatan snek moden, penambahan bahan eksogenus seperti leburan mentega, cairan keju, gula pasir yang berlebihan, karamel pekat, pengawet, malah kadangkala pewarna dan perisa tiruan telah menukarkan sifat semula jadi jagung tersebut menjadi snek berkalori tinggi yang berbahaya kepada sistem kardiovaskular.

Malangnya, nuansa sains pemakanan ini gagal difahami oleh penonton cilik khususnya generasi Alpha. Malah generasi yang lebih tua turut terpengaruh. Kanak-kanak yang terpengaruh kini secara agresif mahukan pek saiz besar di dunia realiti semata-mata kerana ikon Demon Hunterkegemaran mereka memakan pek bersaiz besar dalam skrin TV. 

Perilaku meniru (modeling behavior) ini mewujudkan ilusi psikologi bahawa kuantiti snek yang besar adalah penanda aras kepada keseronokan yang maksima. Keadaan ini sekaligus meruntuhkan kawalan kuantiti makanan (portion control) yang sepatutnya dididik sejak usia awal. Kealpaan ini dieksploitasi sepenuhnya oleh syarikat kapitalis yang mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menjual produk bersaiz mega. 

Akibatnya, penormalan ini bukan sahaja meracuni selera makan anak-anak dengan bahan kimia penambah rasa, malah melahirkan rantaian generasi baharu yang mengalami gangguan pemakanan kronik akibat ketagihan visual industri hiburan.

Alunan Irama dan Tarian "Soda Pop" Sebagai Senjata Neuromarketing

Satu lagi aspek yang paling membimbangkan ialah penularan lagu hit "Soda Pop" dendangan kumpulan fiksyen, Saja Boy. Lagu yang mempunyai rentak earwormatau mudah melekat di dalam minda ini bukan sekadar haluan telinga yang menghiburkan, tetapi bertindak sebagai strategi pemasaran neuro (neuromarketing) yang sangat agresif. Apabila bait-bait lirik lagu tersebut dinyanyikan secara berulang-ulang oleh kanak-kanak dan remaja, ia menanam keinginan bawah sedar (subconscious desire) untuk membeli dan mengambil minuman berkarbonat secara berlebihan. 

Kandungan gula yang tinggi di dalam air soda ini merupakan musuh dalam selimut yang menyumbang kepada peningkatan mendadak kes kerosakan gigi, obesiti, dan risiko penyakit diabetes pada usia muda. Strategi komersial ini memanfaatkan kelemahan psikologi penonton yang cenderung mengaitkan melodi riang dengan emosi positif yang palsu, sekaligus membutakan mata mereka terhadap bahaya sebenar snek pasaran.

Keadaan ini menjadi semakin parah apabila tarikan auditori tersebut digabungkan pula dengan pesona visual watak-watak animasi tersebut. Paparan raut wajah tampan ala bintang pop Korea (Korean wave), susuk tubuh yang menarik dan ideal, balutan fesyen terkini yang serba moden, serta kelincahan gerakan tarian dalam video muzik lagu "Soda Pop" telah mencetuskan impak psikologi yang luar biasa kepada pemikiran audiens. 

Elemen estetika ini secara tidak langsung mempengaruhi ego dan identiti penonton kanak-kanak dan remaja yang sedang tercari-cari jati diri dalam masyarakat. Mereka melihat watak-watak fiktif ini sebagai penanda aras kesempurnaan fizikal dan acuan sosial yang perlu diikuti. Akibatnya, timbul persepsi songsang bahawa dengan meniru gerakan tarian dan memegang tin minuman soda yang dipromosikan, mereka juga boleh kelihatan hebat, bergaya, dan diterima dalam kelompok sosial terkemuka.

Sinergi antara koreografi tarian yang bertenaga dengan lirik yang berulang-ulang ini sebenarnya merangsang pembebasan hormon dopamin dalam otak remaja secara tidak sihat. Pengguna cilik tidak lagi menilai minuman soda berasaskan nilai khasiatnya, sebaliknya membelinya demi memuaskan nafsu estetik yang digerakkan oleh industri kapitalis. Strategi pemasaran yang licik ini jelas berjaya menukarkan sebuah produk cecair beracun yang sarat dengan pemanis tiruan menjadi sebahagian daripada budaya pop yang diraikan. Kealpaan masyarakat dalam mendepani serangan psikologi media sebegini bakal menyaksikan generasi masa depan lumpuh akibat penyakit kronik, semuanya bermula daripada sepotong tarian dan alunan lagu hiburan kosong.

Realiti Bahaya: Daripada Obesiti, Tantrum Hingga Kes Melecur

Kesan komersial filem animasi ini yang sangat agresif telah mencetuskan pelbagai trend luar biasa yang secara langsung membahayakan kesihatan fizikal, mental, dan emosi anak-anak. Pemasaran produk yang berselindung di sebalik watak kegemaran ramai ini tidak lagi sekadar hiburan visual, tetapi sudah mula menceroboh institusi kekeluargaan dengan membawa impak negatif yang sangat nyata. Gabungan promosi makanan ringan dan pemikiran materialistik ini jelas merosakkan minda suci anak-anak yang masih belum matang untuk membedakan antara realiti kehidupan dengan rekaan fantasi komersial semata-mata.

Risiko Kesihatan Kronik, Tantrum dan Hiperaktif

Pengambilan minuman soda berkarbonat dan mi segera secara kerap menyumbang secara drastik kepada masalah obesiti, kerosakan struktur gigi, dan risiko penyakit diabetes awal dalam kalangan remaja. Lebih membimbangkan, lonjakan kandungan gula (sugar rush) yang ekstrem daripada minuman "Soda Pop" ini dikesan menjadi punca utama berlakunya ketidakstabilan emosi anak-anak. Kegagalan mengawal paras gula dalam darah ini mengakibatkan kanak-kanak mudah mengalami tantrum, amukan tanpa kawalan, serta masalah tingkah laku hiperaktif yang melampau. Keadaan ini sekaligus mengganggu tumpuan belajar mereka di sekolah, menurunkan prestasi akademik, serta meruntuhkan keharmonian suasana di dalam rumah akibat pergaduhan harian. Kesannya, ibu bapa atau penjaga terpaksa menanggung beban tekanan mental yang tinggi dalam mengawal emosi anak-anak yang tidak stabil ini.

.    .    .